Wednesday 11 January 2012

PESONA DUNIA - In-Team




Indah dunia yang mempesona
Bagai dian terang menyala
Sehingga terlupa kan padam akhirnya

Dunia ini hanya pinjaman
Untuk menguji keimanan

Akhirat nanti yang menentukan
Balasan syurga ataupun neraka

Mengapakah dunia yang dikejari
Sedangkan ia kan ditinggal pergi
Apalah gunanya harta di sisi
Tika jasad terkubur terkaku mati

Bayangkanlah jika di dunia ini
Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kita yang rugi

Bersyukurlah sentiasa
Dengan apa yang ada

Adakala harta dunia
Belum tentu membantu kita
Menjadi bebanan dan menyusahkan

:::lagu ni mmg menginsafkan aku..
KENAPE??
wt aku:
  • sentiasa menjadi seorang yg bersyukur
  • semua yg aku ad sekarang bukan hak aku
  • dunia ini cuma pinjaman,bila2 masa jew ley ilang

si peminjam,
azrina arshad  

Saturday 7 January 2012

Rahsia Tidur Rasulullah


Ehem..ehem..testing2..
Hai adik-adik, abang-abang, pakcik-pakcik, makcik-makcik dan tak lupa juga rakan-rakan..
Hehehehe..over lak..da mcm nk meniaga kt pasar mlm lak…kdg2 aku ni penah gak terpk nk jadi mcm ustazah Nor Baayah yang handle kn program ‘semanis kurma’..tp layak kew??..hehe..
Oleh sebab ni blog aku..so,aku leys ape jew aku nk jd…hari ni aku nk jd ustazah ye..
Tajuk nye mcm tajuk kt atas ye..
“Rahsia Tidur Rasulullah”
Rahsia= sesuatu yg sangat penting..secret..susah lak aku nk explain..hehe
Tidur= sejenis aktiviti utk rehatkn diri dr segi mental dan fizikal..sume org tau la,,
Rasulullah= junjungan besar kita..pesuruh Allah..klo kita ikut segala sunnahnya,insyaallah hidup kita sentiasa terpelihara dr wt maksiat dan kejahatan..dapat pahala lg..subhanaAllah..
KITA MULAKAN YE..
Sekiranya korg tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidur korg akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Betol tak??
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1.        Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2.       Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3.       Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.
4.       Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5.       Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6.       Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7.       Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8.     Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan.

Lebih mudah daripada BERSOLEK atau PAKAI NIGHT CREAM sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat SENAMAN RINGAN sebelum tidur.

pesanan:

  1. hargai masa tidur anda..
  2. ingatan ini untuk aku dan sesape jew..

sekadar hiasan semata-mata


si bakal ustazah,
azrina arshad

Tuesday 3 January 2012

eXaM...SeM7..

SEM 7???????..
wey...aku da sem 7..mksudnye aku da final year..abes jew final exam ni aku akn get out dr UUM ni...
bermula la new story aku sebagai budak praktikal..tp aku xnk cite pasal praktikal lg..

YANG AKU NAK CITE NI...
pasal exam sem ni,,.
aku amek 6subjek sem ni..so aku ad 6 paper..5 drp paper tersebut adalah berkaitan teori..
maksudnye 1 jew calculation..aku ulang lg sekali ye..1 JEW PAPER CALCULATION..

BAYANGKAN...
aku ni da r pemalas wey bab2 menulis ni..kdg2 bole tertido..
suke kira-kira..main calculator..pusing2 formula..tgk number..

TAPI...
dengan berkat semangat final year n semangat mak abah aku n juga rakan2 aku yg kenal aku cmne..aku akn terus berusaha..menjadi seorang yg rajin menulis..YEAHHHHH....

DIBERI PELUANG..
untuk gunakan laptop mst aku rajin..sbb aku rajin gak menaip dr menulis ni..tulisan aku xcantik(pengakuan ekslusif ni)..aku bole tulis cantik tp t jd lambat..paham2 la klo exam kn..kejar mase beb..tp aku tetap kne tulis cantik2 baru lecturer aku ley bace..

SEBENARNYA...
aku da lepas 2paper da..nk masuk paper ke3 da..

KALO NAK TAU..
pas abes jew exam paper 1st..balik2 tu aku terus migrain sbb tulis terlalu byk..overload r kirenye..hebat kn impact die tok org cm aku...

TAPI...
bnde ni da sllu jd..so aku tau cmne nk setle..telan panadol active fast 2 bijik n trus tdo..

ESOKNYE...
terus lega...Alhamdulillah...

tu jela...GOOD LUCK 4 ME AND ALL MY FRENZ..

si pemalas menulis guna pen,
azrina arshad