Ehem..ehem..testing2..
Hai adik-adik, abang-abang, pakcik-pakcik, makcik-makcik dan tak lupa juga rakan-rakan..
Hehehehe..over lak..da mcm nk meniaga kt pasar mlm lak…kdg2 aku ni penah gak terpk nk jadi mcm ustazah Nor Baayah yang handle kn program ‘semanis kurma’..tp layak kew??..hehe..
Oleh sebab ni blog aku..so,aku leys ape jew aku nk jd…hari ni aku nk jd ustazah ye..
Tajuk nye mcm tajuk kt atas ye..
“Rahsia Tidur Rasulullah”
Rahsia= sesuatu yg sangat penting..secret..susah lak aku nk explain..hehe
Tidur= sejenis aktiviti utk rehatkn diri dr segi mental dan fizikal..sume org tau la,,
Rasulullah= junjungan besar kita..pesuruh Allah..klo kita ikut segala sunnahnya,insyaallah hidup kita sentiasa terpelihara dr wt maksiat dan kejahatan..dapat pahala lg..subhanaAllah..
KITA MULAKAN YE..
Sekiranya korg tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidur korg akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Betol tak??
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan.
Lebih mudah daripada BERSOLEK atau PAKAI NIGHT CREAM sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat SENAMAN RINGAN sebelum tidur.
pesanan:
- hargai masa tidur anda..
- ingatan ini untuk aku dan sesape jew..
si bakal ustazah,
azrina arshad
No comments:
Post a Comment