Showing posts with label ustazah azrina. Show all posts
Showing posts with label ustazah azrina. Show all posts

Friday, 27 April 2012

iNdaHNya kAta-KatA..

assalamualaikum adik-adik,kawan-kawan,pak cik makcik dan sape-sape jew la..
al maklum ler..hari jumaat...so,kite kongsi tazkirah ckt ye...

penah x korg rase give up??...
haaaaa...tipu r kate xpenah kn..mst korg ad rase tension..menyampah...
pastu mula la kuar ayat...
kenapa mst aku yg kena??
kenapa aku diuji begini...??
kenapa?kenapa?...
haaaa...byk la ko punye kenapa...

tapi yg aku nk cite ni pasal ayat ape yg sepatutnye kita guna kalo di timpa malang,masalah,dugaan,cabaran n pape la yg ley wat kta rase down...

daripada kita memaki hamun..da r dpt dosa..hati makin sakit...

LEBIH BAIK KITA AMALKAN PERKATAAN-PERKATAAN INI:

✔ Innalillahiwainnailairojiu'n ▬ ► Aku diuji lagi YA ALLAH,

✔ Subhanallah ▬ ► UJIAN apa yang KAU berikan ini,

✔ MasyaALLAH ▬ ► mengapa aku mempersoalkan TAKDIRMU lagi,... 

✔ Astaghfirullahaa'zim ▬ ► Maafkan aku Ya Allah aku pertikaikan KEKUASAANMU,

✔ Allahhuakhbar ▬ ► kuatkan HATI nuraniku hadapi semua ini dalam menggapai REDHAMU,

✔ Alhamdulillah ▬ ► ku tahu selepas ini ada HIKMAH kebahagiaan PEMBERIAN





indahkn ayat2 ni...aku pn jumpa kt fb...so,saje nk share..


ok la...renung2 kn dan selamat beramal...manisnya iman,maniskan senyuman...hehe..


calon ustazah,
ustazah azrina

Saturday, 7 January 2012

Rahsia Tidur Rasulullah


Ehem..ehem..testing2..
Hai adik-adik, abang-abang, pakcik-pakcik, makcik-makcik dan tak lupa juga rakan-rakan..
Hehehehe..over lak..da mcm nk meniaga kt pasar mlm lak…kdg2 aku ni penah gak terpk nk jadi mcm ustazah Nor Baayah yang handle kn program ‘semanis kurma’..tp layak kew??..hehe..
Oleh sebab ni blog aku..so,aku leys ape jew aku nk jd…hari ni aku nk jd ustazah ye..
Tajuk nye mcm tajuk kt atas ye..
“Rahsia Tidur Rasulullah”
Rahsia= sesuatu yg sangat penting..secret..susah lak aku nk explain..hehe
Tidur= sejenis aktiviti utk rehatkn diri dr segi mental dan fizikal..sume org tau la,,
Rasulullah= junjungan besar kita..pesuruh Allah..klo kita ikut segala sunnahnya,insyaallah hidup kita sentiasa terpelihara dr wt maksiat dan kejahatan..dapat pahala lg..subhanaAllah..
KITA MULAKAN YE..
Sekiranya korg tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidur korg akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Betol tak??
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1.        Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2.       Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3.       Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.
4.       Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5.       Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6.       Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7.       Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8.     Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan.

Lebih mudah daripada BERSOLEK atau PAKAI NIGHT CREAM sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat SENAMAN RINGAN sebelum tidur.

pesanan:

  1. hargai masa tidur anda..
  2. ingatan ini untuk aku dan sesape jew..

sekadar hiasan semata-mata


si bakal ustazah,
azrina arshad

Friday, 30 December 2011

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:



1)      Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2)    Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3)    Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4)    Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.  
5)    Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.  
6)    Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7)     Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." 
 
Wassalam,
si penyampai,
azrina arshad